The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





Wanita, Sedarlah. :')
 
Ahad 


Sayangnya Allah Pada Perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
Perempuan, stoking pun kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Confirm tak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool je
Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebatkan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pun susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit
Cuba tengok budak lelaki, selamba je
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit
Hebatkan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat je sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yang paling teruk menangis
Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
Diorang cakap, Allah tak adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang bebel
Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati
Kesiankan kat diorang
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
Tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat
Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam BEGITU sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya.
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga
Berdasarkan hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Betapa mulianya perempuan sehingga dalam tubuh wanita
Ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia
Iaitu RAHIM
Kenapa ia dinamakan rahim?
Ayuh sama-sama kita ingat kembali nama-nama Allah SWT
Dalam 99 nama Allah terselit satu nama iaitu Ar-Rahim yang membawa maksud Maha Penyayang
Allah tak beri nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki
Bayangkan betapa sayangnya Allah kat perempuan, betapa mulianya Allah kat perempuan
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?
Sekadar perkongsian bersama
Wahai kaum adam, hargailah wanita yang sentiasa berada disisimu. Bimbinglah dia. Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu. Lindungi dia dari fitnah dunia.

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi :')
Labels: 




Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.