The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





Dear HAWA :'))
 
Jumaat 


Girls Only *please Baca *Ramainya adik-adik yang suka buat status mcm ni: "Nak fake relay satu boleh?" "Siapa nak couple dengan saya?" "Nak pakwe satu! Anyone?" "Still single. Who want to be my couple?" Setiap kali baca status adik-adik, akak selalu buat mimik muka akk sewaktu akk buka penutup jamban di tandas awam. Bila orang cakap adik murah, adik selalu cakap,"kau bukan ALLAH boleh judge2 orang." 

Bila orang cakap adik gedik, adik selalu cakap,"setiap orang buat dosa. kau pun bukan perfect sangat."Bila orang burukkan adik, adik selalu cakap,"please don't bash me. setiap orang ada cerita masing-masing. aku tak pernah sebarkan aib orang. kau tahu tak berdosa bila sebarkan aib orang?"Hakikatnya, walau apa jua pun ceritanya, adik tetap bersalah dalam hal ini. Adik tawarkan diri untok couple dengan orang lain? Tahukah adik pekerjaan apa yang serupa dengan perbuatan adik itu? PELACUR..!! Pelacur sahaja yang meminta-minta maruahnya dirobek. Malah, adik buat lebih teruk daripada pelacur. Pelacur tak meminta-minta di Facebook.Kalau adik ada 2000 friends di Facebook,maknanya adik meminta-minta kepada 2000 orang untok maruah adik digadai. 

Adik ingat,bila adik buat benda tu, orang akan kata adik hot ke? Atau adik rasa,adik akan dapat pasangan terbaik ke?TIDAK. Orang akan mengata adik dan orang akan sentiasa memandang rendah terhadap adik.Pasangan yang akan couple dengan adik bukan orang yang baik, kerana orang yang baik takkan suka perempuan murah. Sedangkan orang yang kurang baik pun tak nak perempuan murah,apatah lagilah orang baik ye tak?Orang akan memandang rendah terhadap adik.Orang cakap adik murah, orang cakap adik desperate, orang cakap adik poyo, orang cakap adik jahat. Lepas tu adik kata mereka suka judge orang kan? Padahal dik, adik sendiri yang buat orang judge adik. 

Kalau adik tak buat, orang tak judge.Kalau adik tak buat, orang takkan keji.Adik jangan salahkan orang. Salahkan diri sendiri.Buruk sangat perangai tu, dik. Bila adik sunyi,couple bukan penyelesaian.Adik ada mak ayah.Kalau tiada,adik ada kawan-kawan. Kalau tiada,adik ada orang sekeliling. Kalau adik tiada sesiapa, adik jadilah orang yang soleh dan solehah kerana Allah sentiasa ada untok adik.Perangai yang buruk, ibarat najis. Meminta-minta couple kepada orang itu adalah perbuatan buruk.Meminta-minta couple kepada orang dikhalayak ramai,maka berlonggok-longgok najis dicampak ke seluruh badan adik.Bila orang kata adik busuk, adik marah orang tu.Apa yang adik buat, sebenarnya adik perlu bersihkan semula najis itu.Cara membersihkannya adalah dengan taubat dan tidak mengulangi perbuatan itu.Adik..Perjalanan masih jauh. 

Di universiti,di tempat kerja, di mana-mana yang adik akan berada,ramai lagi peneman sunyi adik. Kita nak couple,kena pastikan kita dah confirm nak kahwin dengan orang tu. Kalau setakat nak couple dua tiga bulan lepas tu clash,buang masa sahaja.Dahlah duit topup mak ayah bagi. Ingat sebelum terkena.
Wanita, Sedarlah. :')
 
Ahad 


Sayangnya Allah Pada Perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
Perempuan, stoking pun kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Confirm tak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool je
Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebatkan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pun susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit
Cuba tengok budak lelaki, selamba je
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit
Hebatkan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat je sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yang paling teruk menangis
Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
Diorang cakap, Allah tak adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang bebel
Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati
Kesiankan kat diorang
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
Tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat
Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam BEGITU sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya.
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga
Berdasarkan hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Betapa mulianya perempuan sehingga dalam tubuh wanita
Ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia
Iaitu RAHIM
Kenapa ia dinamakan rahim?
Ayuh sama-sama kita ingat kembali nama-nama Allah SWT
Dalam 99 nama Allah terselit satu nama iaitu Ar-Rahim yang membawa maksud Maha Penyayang
Allah tak beri nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki
Bayangkan betapa sayangnya Allah kat perempuan, betapa mulianya Allah kat perempuan
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?
Sekadar perkongsian bersama
Wahai kaum adam, hargailah wanita yang sentiasa berada disisimu. Bimbinglah dia. Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu. Lindungi dia dari fitnah dunia.

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi :')
Labels: 


Tutorial Twitcon Bergerak :)
 
Khamis 

Assalamualaikum readers! Jawab salam tu dulu. Dosa tau kalau tak jawab. Okay jom mula. Korang mesti jeles kan bila tengok some of twitcon kat twitter bergerak tapi korang tak reti buat. Okay meh sini intan ajar. Kacang goreng je. Takde hal. Kita ada ilmu, so share lah kan dengan orang. Tak yah tamak sangat.


   First step, click your photoscape icon. Bila dah bukak, click AniGif .




lepastu, korang click dekat bahagian kiri tu. Ala tempat biasa amek gambar lah kan.


    Okay senang sangat. Step seterusnya, korang tarik je gambar yang ada anak panah atasnya number 3 tu pergi dekat kotak putih atas drop your photo here. Nak drop kat situ pun boleh. Takdehal. Memang small matter je.


Dah tu, korang boleh change time dengan effect dia. Tak kisah lah gambar korang nak gerak laju ke perlahan. Gambar korang. Bukan Intan :p gambar nak banyak mana pun tak kisah. Asalkan jadi. Lepas dah siap, save terus.

     Okay lepas dah save, korang tahu nak amek dekat mana gambarnya? Takkan. Okay Intan bagitau.


lepas dah save tuh, on twitter, then, pergi link neh  . lepas tekan link tuh, tekan yg ada log in twitter tuh. Then, tekan button upload picture, korang uploadlah yg korang dah save tadi. crop, then upload kat twitter. Semoga berjaya!



Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.